Manfaat
Polisi
Tuntutan
FAQ

Tune Protect Travel - AirAsia diperuntukan secara khusus bagi para penumpang AirAsia yang membeli program "Insurans Sehala" atau "Insurans Dua Hala" dari AirAsia Berhad atau AirAsia X Berhad di laman airasia.com.

Pelan ini ditaja jamin oleh Tune Insurance Malaysia Berhad

PELAN DUA HALA DOMESTIK PELAN SEHALA DOMESTIK PELAN SEHALA ANTARABANGSA PELAN DUA HALA ANTARABANGSA
For Tune Protect Travel - AirAsia (Warrant) Purchased On/After 1st January 2017
Manfaat Had Manfaat
1. Manfaat Kemalangan Peribadi  
Kematian akibat kemalangan atau kehilangan Upaya kekal
(Umur yang di insurankan: 9 hari sehingga 75 tahun)
Sehingga RM125,000.00
2. Manfaat Tidak Keselesaan Perjalanan  
2(a) Pembatalan Perjalanan Sehingga kos pernerbangan asal
2(b) Memendekkan Tempoh Perjalanan Sehingga kos pernerbangan asal
2(c) Kerugian atau Kerosakan kepada Bagasi Didaftar Masuk Sehingga RM1,500.00

(RM150 untuk setiap satu bagasi didaftar masuk dan/atau RM300 untuk setiap satu kehilangan bagasi didaftar masuk)
2(c)(i) Penangguhan Bagasi Sehingga RM400.00

(RM200 setiap 6 jam penangguhan)
2(d) Jaminan Ketepatan Masa Sehingga RM200.00

(Penangguhan melebihi 2 jam)
2(e) Penangguhan Penerbangan AirAsia

(tidak termasuk tempoh penangguhan diliputi dalam Jaminan Ketepatan Masa)
Sehingga RM1,050.00
(RM150.00 setiap enam jam penangguhan berikutnya)
2(f) Penangguhan Pengangkutan Awam Sehingga RM1,050.00

(RM150.00 setiap enam jam penangguhan berturut turut)
2(g) Ketinggalan Penerbangan Sambungan Sehingga RM 600.00

(RM300.00 setiap enam jam penangguhan berturut turut)
2(h) Mengubah Haluan Pernerbangan Sehingga RM450

(RM150 setiap 6 jam penangguhan berturut turut)
2(i) Elaun Rampasan Penerbangan Sehingga RM1,000

(RM500 setiap 6 jam tahanan berturut turut)
2(j) Faedah Penjagaan Rumah Sehingga RM3,000
3. Manfaat Perubatan Dan Pemindahan  
3(a) Bayaran balik kos perubatan akibat kemalangan RM20,000.00

(akses sebanyak RM50.00 untuk setiap tuntutan)
3(b) Bayaran Balik Kos Perubatan Akibat Penyakit Perjalanan Domestik:
Sehingga RM1,000
(Akses RM50 setiap tuntutan)

Perjalanan Regional:
Sehingga RM5,000
(Akses RM50 setiap tuntutan)
3(c) Pemindahan Rawatan Kecemasan dan Penghantaran balik mayat akibat Kemalangan / Kematian RM100,000.00
5. Perkhidmatan Bantuan Perjalanan  
24/7 Perkhidmatan Bantuan Termasuk
Had-had lain bagi Pelan Dua Hala:-

a) Perlindungan dibawah adalah untuk perjalanan dalam lingkungan negara ketibaan sahaja. Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan mengembara melepasi garisan negara tersebut, perlindungan tidak akan diberikan untuk had geografi melepasi negara itu.

b) Jika Orang yang Diinsuranskan berlepas dengan mana-mana penerbangan terjadual, untuk perjalanan diluar Negara Ketibaan, perlindungan insurans ini akan diberhentikan apabila Orang yang Diinsuranskan mendaftar masuk untuk penerbangan keluar tersebut. Perlindungan akan disambungkan semula apabila Orang yang Diinsuranskan mendaftar keluar di bahagian Imigresen apabila pulang ke Negera Ketibaan Asal, bergantung kepada Tempoh Perlindungan, i.e dengan syarat tempoh tersebut masih didalam masa 30 hari daripada tarikh perlepasan Penerbangan Terjadual Orang yang Diinsuranskan.

c) Jika Orang yang Diinsuranskan berlepas menggunakan apa sahaja jenis penggangkutan selain daripada penerbangan terjadual, untuk perjalanan keluar daripada Negara Ketibaan, perlindungan insurans ini akan diberhentikan apabila Orang yang Diinsuranskan mendaftar keluar daripada bahagian Imigresen Negara Ketibaan. Perlindungan akan disambungkan semula apabila Orang yang Diinsuranskan mendaftar keluar di bahagian Imigresen apabila pulang ke Negera Ketibaan Asal, bergantung kepada Tempoh Perlindungan, i.e dengan syarat tempoh tersebut masih didalam masa 30 hari daripada tarikh perlepasan pertama Penerbangan Terjadual Orang yang Diinsuranskan.

d) Manfaat Ketidakselesaan Perjalanan dalam Tempoh Perlindungan semasa Perjalanan ini hanya terhad untuk Penerbangan Terjadual, didalam Negara Ketibaan sahaja.

e) Tempoh setiap perjalanan tidak melebihi 30 hari berturut-turut dari tarikh permulaan perjalanan.