Select your country of Departure
Australia
Brunei
Cambodia
中国 China
香港,中国 Hong Kong,China
|
India
Indonesia
|
Japan
Laos
澳門,中国 Macau,China
|
Malaysia
Myanmar
Philippines
Singapore
Thailand
|
Vietnam
|
New Zealand
Maldives
Bangladesh
Sri Lanka
South Korea
Nepal
Taiwan,China
Kazakhstan
Saudi Arabia

Comprehensive Travel Insurance – Domestic Plan

About

Your travel checklist would be incomplete if you haven’t packed Tune Protect Travel – AirAsia with you. With over 22 benefits, our mighty plan covers you before, during and after your trip!
​​
Applicable for domestic trip only (with COVID-19 cover)

To showcase the list of benefits, please select the relevant product type

search

<
>

Download and understand your plan details

This plan is underwritten by Tune Protect Malaysia (Tune Insurance Malaysia Berhad Company No.: 197601004719 (30686-K))
 

frequently asked questions

General
Purchasing
Coverage
SST
Claims
COVID-19
1. Who provides my Tune Protect Travel - AirAsia insurance coverage?
Siapa yang menyediakan perlindungan insurans Tune Protect Travel – AirAsia saya?
+

Tune Protect Travel - AirAsia is specially designed for AirAsia by Tune Protect Malaysia with your needs in mind.
Tune Protect Travel - AirAsia direka khas untuk AirAsia oleh Tune Protect Malaysia dengan mengambil kira keperluan anda.

2. What is my insurance coverage under Tune Protect Travel - AirAsia?
Apakah perlindungan insurans saya di bawah Tune Protect Travel - AirAsia?
+

You may refer to Tune Protect Travel - AirAsia Policy Wording for a full description of the terms, conditions and exclusions of cover.
Anda boleh merujuk kepada Penyataan Polisi Tune Protect Travel – AirAsia untuk keterangan lengkap mengenai terma, syarat dan pengecualian perlindungan.

3. Does Tune Protect Travel - AirAsia provide coverage for all individuals?
Adakah Tune Protect Travel – AirAsia menyediakan perlindungan kepada semua individu?
+

Tune Protect Travel - AirAsia provides coverage for individuals aged 9 days old and above.
Tune Protect Travel - AirAsia menyediakan perlindungan kepada individu berumur 9 hari dan ke atas.

4. Do I need to undergo a medical examination to apply for any of the Tune Protect Travel - AirAsia plans?
Adakah saya memerlukan pemeriksaan perubatan untuk memohon mana-mana pelan Tune Protect Travel - AirAsia?
+

No, a medical examination is not required. However, please note that coverage for any Pre-Existing Medical Conditions are excluded.
Tidak, pemeriksaan perubatan tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tuntutan yang timbul daripada Keadaan Kesihatan Sedia Ada adalah dikecualikan.

5. Can I still buy Tune Protect Travel - AirAsia if I have a Pre-existing Condition?
Bolehkah saya masih membeli Tune Protect Travel - AirAsia jika saya mempunyai Keadaan Sedia Ada?
+

Yes, you can. However, there are exclusions on Pre-existing Conditions as stated in the policy's full Terms and Conditions and no claims will be paid in relation to the said conditions.
"Pre-existing Condition" refers to injury, sickness, disease, illness or other medical conditions which existed 90 days before you purchase Tune Protect Travel – AirAsia.

Ya, boleh. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian ke atas Keadaan Sedia Ada seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat penuh polisi dan tiada tuntutan akan dibayar berkaitan keadaan tersebut.
"Keadaan Sedia Ada" merujuk kepada kecederaan, kesakitan, penyakit, atau keadaan kesihatan lain yang telah wujud 90 hari sebelum anda membeli Tune Protect Travel- AirAsia.

6. Can I pay extra to cover pre-existing conditions?
Bolehkah saya membayar bayaran tambahan untuk melindungi keadaan sedia ada?
+

No, there is no option to pay extra to obtain coverage for pre-existing conditions.
Tidak, tiada pilihan untuk membayar bayaran tambahan bagi mendapatkan perlindungan untuk keadaan sedia ada.

7. Can I amend my Tune Protect Travel - AirAsia policy in the event I change my AirAsia flight?
Bolehkah saya meminda polisi Tune Protect Travel – AirAsia jika saya menukar Tarikh penerbangan AirAsia saya?
+

For short haul flights (AK, QZ, Z2, and FD), your Tune Protect Travel – AirAsia* policy will terminate if you make any changes to your AirAsia flight. You will have to repurchase travel insurance for your new itinerary.

For long haul flights (D7, XJ and XT), your Tune Protect Travel – AirAsia* policy will be automatically carried forward to your new itinerary if you make any changes to your AirAsia flight.

 

Untuk penerbangan jarak pendek (AK, QZ, Z2, dan FD), polisi Tune Protect Travel - AirAsia * anda akan ditamatkan jika anda membuat sebarang perubahan terhadap penerbangan AirAsia anda. Anda perlu membeli semula insurans untuk jadual perjalanan baru anda.

Bagi penerbangan jarak jauh (D7, XJ dan XT), polisi Tune Protect Travel - AirAsia * anda automatik akan dibawa ke hadapan mengikut jadual perjalanan baru anda jika anda membuat sebarang perubahan terhadap penerbangan AirAsia anda.

8. Can I transfer my Tune Protect Travel - AirAsia policy?
Bolehkah saya memindahkan polisi Tune Protect Travel - AirAsia saya?
+

Your policy is not transferable.
Polisi anda tidak boleh dipindah milik.

9. Do I have to carry a copy of my Certificate of Insurance with me when traveling?
Adakah saya perlu membawa salinan Sijil Insurans bersama saya semasa perjalanan?
+

You are advised to bring along your Certificate of Insurance as proof of COVID-19 insurance when you arrive at your destination country.
Anda dinasihatkan untuk membawa Sijil Insurans anda sebagai bukti insurans COVID-19 apabila anda tiba di negara destinasi anda.

10. How do I nominate my nominee?
Bagaimanakah saya harus menyatakan penama saya?
+

Please download the form here. Once completed, please email to [email protected].
Sila muat turun borang permohonan di sini. Setelah selesai sila e-mail di [email protected].

11. What happens to my Tune Protect Travel - AirAsia Return Trip Plan if AirAsia reschedules my Return Flight to a later date?
Apakah yang akan berlaku kepada Pelan Tune Protect Travel - AirAsia Dua Hala saya jika AirAsia menjadualkan semula Penerbangan Pulang saya ke suatu tarikh akan datang?
+

Your Tune Protect Travel - AirAsia Return Trip Plan is automatically transferred to cover your new itinerary. In the event your return flight is extended to a later date, the plan will be extended to cover you up to an additional 3 days.
Pelan Tune Protect Travel – AirAsia anda secara automatik dilanjutkan untuk melindungi jadual perjalanan baru anda. Jika penerbangan pulang anda dilanjutkan ke suatu tarikh akan datang, pelan anda akan dilanjutkan untuk melindungi anda sehingga maksimum 3 hari.

12. How much premium do I have to pay?
Berapakah jumlah premium yang perlu saya bayar?
+

The premium depends on your destination, plan and length of your trip.
Premium bergantung pada destinasi, pelan dan tempoh perjalanan anda.

13. What do I need to do if there are changes to my contact details?
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran hubungan saya?
+

It is important that you inform us via e-mail at [email protected] of any changes in your contact details to ensure all correspondence reach you in a timely manner.
Adalah penting untuk anda memaklumkan kami melalui e-mel di [email protected] tentang sebarang perubahan dalam butiran hubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

14. Where can I get further information?
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
+

Kindly email our team at [email protected] for further enquiries. You can also reach us via the Live Chat function on the site.
Sila hantarkan e-mel kepada kami di [email protected] untuk pertanyaan lanjut. Anda juga boleh menghubungi kami melalui komunikasi secara langsung (Live Chat) di laman web.

Purchasing
+
1. How do I purchase Tune Protect Travel - AirAsia?
Bagaimana saya boleh membeli Tune Protect Travel -AirAsia?
+

You may make your purchase while booking your flight on airasia.com. Alternatively, you may also purchase it on our website, via Manage My Booking, during Web Check-In, or at any AirAsia Sales Office.

Anda boleh membuat pembelian semasa membuat tempahan penerbangan anda di airasia.com. Secara alternatif, anda juga boleh membelinya di laman web kami, melalui Urus Tempahan Saya, semasa Daftar Masuk Web, atau di mana-mana Pejabat Jualan AirAsia.

2. Can I purchase Tune Protect Travel - AirAsia after I make my flight booking?
Bolehkah saya membeli Tune Protect Travel – AirAsia selepas saya membuat tempahan penerbangan saya?
+

Yes, you may do so via our website, via Manage My Booking, during Web Check-In or at any AirAsia Sales Office.

Ya, anda boleh melakukannya melalui laman web kami, melalui Urus Tempahan Saya, semasa Daftar Masuk Web atau di mana-mana Pejabat Jualan AirAsia.

3. Why am I unable to purchase the Tune Protect Travel - AirAsia during my flight purchase, Web Check-In or Manage My Booking?
Kenapa Tune Protect Travel - AirAsia tidak tersedia semasa pembelian tiket penerbangan saya, Daftar Masuk Web atau Urus Tempahan Saya?
+

You may have already purchased it during your purchased of AirAsia ticket via AirAsia website. You may check your AirAsia travel itinerary to confirm the purchase.
Mungkin anda telah membelinya semasa anda membeli tiket AirAsia melalui laman web AirAsia. Sila semak jadual perjalanan AirAsia anda untuk mengesahkannya.

4. Can I purchase Tune Protect Travel - AirAsia if I am not a Malaysian resident?
Bolehkah saya membeli Tune Protect Travel – AirAsia jika saya bukan pemastautin Malaysia?
+

Yes, as long as you are an AirAsia customer departing from Malaysia.
Ya, selagi anda merupakan Pelanggan AirAsia yang berlepas dari Malaysia.

5. If I am traveling in a group, do I need to purchase an individual insurance plan?
Sekiranya saya mengembara dalam kumpulan, adakah saya perlu membeli pelan insurans individu?
+

No, you do not have to purchase an individual insurance plan if you are travelling in a group with the same booking number (maximum 9 individuals). For group bookings of 10 individuals and above, you may add Tune Protect Travel – AirAsia to your flight via AirAsia Group Desk.

Tidak, anda tidak perlu membeli pelan insurans individu jika anda mengembara dalam kumpulan dengan nombor tempahan tiket yang sama (maksimum 9 individu) Untuk tempahan kumpulan 10 orang dan ke atas, anda boleh menambah Tune Protect Travel - AirAsia ke penerbangan anda melalui Kaunter Kumpulan AirAsia

6. If I am travelling in a group, can I purchase an individual insurance plan for myself only?
Sekiranya saya mengembara dalam kumpulan, bolehkah saya membeli pelan insurans individu untuk diri sendiri sahaja?
+

Yes, you can. If you are on group flight booking, you can purchase an individual plan via our website at airasia.tuneprotect.com

Ya, anda boleh. Jika anda berada dalam tempahan penerbangan kumpulan, anda boleh membeli pelan individu melalui laman web kami di airasia.tuneprotect.com

7. How do I purchase Tune Protect Travel - AirAsia for my accompanying infant?
Bagaimanakah saya membeli Tune Protect Travel – AirAsia untuk bayi saya?
+

You do not have to purchase Tune Protect Travel – AirAsia if an infant is travelling with you as you are entitled for free coverage with limited benefits for 1 infant between the age of 9 days to 2 years old. You may refer to the Policy Wording for the benefits offered to the infant.

Anda tidak perlu membeli Tune Protect Travel – AirAsia kerana anda layak mendapat perlindungan percuma dengan faedah terhad untuk 1 bayi yang menemani anda dan berusia dari 9 hari hingga 2 tahun. Anda boleh merujuk kepada Penyataan Polisi untuk faedah yang ditawarkan kepada bayi.

8. Can I purchase Tune Protect Travel - AirAsia if I am traveling for more than 90 days?
Bolehkah saya membeli Tune Protect Travel - AirAsia jika saya melakukan perjalanan lebih daripada 90 hari?
+

No. Tune Protect Travel – AirAsia is only valid up to 90 days from the departure date.
Tune Protect Travel – AirAsia hanya sah sehingga 90 hari dari tarikh berlepas.

9. Can I purchase Tune Protect Travel - AirAsia One Way coverage if I purchased a return flight ticket?
Bolehkah saya membeli perlindungan Tune Protect Travel -AirAsia Perjalanan Sehala jika saya membeli tiket penerbangan pergi dan balik?
+

No. Your Tune Protect Travel – AirAsia plan is based on your AirAsia Travel Itinerary. If you have purchased a return ticket, the Tune Protect Travel - AirAsia will cover you for your return trip.

Tidak, pelan Tune Protect Travel - AirAsia anda adalah mengikuti Jadual Perjalanan anda dengan AirAsia. Jika anda telah membeli tiket 2 hala, Tune Protect Travel- AirAsia akan melindungi anda untuk perjalanan pergi dan balik.

10. Can I purchase Insurance if I booked a One Way / Return AirAsia Fly-Thru flight?
Bolehkah saya membeli Insurans jika saya telah menempah penerbangan sehala / dua hala AirAsia Fly-Thru?
+

Yes. You may purchase Insurance as an add-on based on your Fly-Thru itinerary.

Ya, anda boleh membeli Insurans sebagai tambahan berdasarkan jadual perjalanan Fly-Thru anda.

Coverage
+
1. If my journey involves more than 1 flight, will I be covered if I miss my onward connecting flight?
Sekiranya perjalanan saya melibatkan lebih daripada 1 penerbangan, adakah saya akan dilindungi jika saya terlepas penerbangan sambungan seterusnya?
+

If you miss your onward connecting AirAsia flight due to the late arrival of the incoming AirAsia flight, you are covered under the Missed Flight Connection* benefit provided you purchased insurance for the 1st flight.
*Terms and Conditions apply


Sekiranya anda terlepas penerbangan sambungan Air Asia anda kerana kelewatan ketibaan penerbangan AirAsia, anda dilindungi di bawah manfaat Ketinggalan Penerbangan Sambungan* dengan syarat anda membeli insurans untuk penerbangan pertama.
*Tertakluk kepada Terma dan Syarat

2. If a natural disaster hits the country I am about to visit and I had purchased a Tune Protect Travel - AirAsia policy, can I cancel my trip and make a claim?
Sekiranya bencana alam melanda negara yang akan saya lawati, dan saya telah dilindungi di bawah polisi Tune Protect Travel – AirAsia, bolehkah saya membatalkan Perjalanan saya dan membuat tuntutan?
+

No, Tune Protect Travel - AirAsia does not cover voluntary trip cancellations due to natural disasters. Please refer to the full terms and conditions for more details.
Tidak, Tune Protect Travel – AirAsia tidak melindungi sebarang pembatalan perjalanan secara sukarela akibat bencana alam. Sila rujuk kepada terma dan syarat untuk maklumat lanjut.

3. When does my Tune Protect Travel - AirAsia coverage begin?
Bilakah perlindungan Tune Protect Travel – AirAsia saya akan bermula?
+

Except for the Trip Cancellation benefit, the cover commences from Your check in at the airport on the First Departure Date for a Scheduled Flight. The cover for Trip Cancellation benefit commences twenty-four (24) hours from the purchase date of the Insurance for Your Scheduled Flight.

Kecuali untuk manfaat Pembatalan Perjalanan, perlindungan bermula dari daftar masuk Anda di lapangan terbang pada Tarikh Perlepasan Pertama untuk Penerbangan Terjadual. Perlindungan untuk manfaat Pembatalan Perjalanan bermula dua puluh empat (24) jam dari tarikh pembelian Insurans untuk Penerbangan Terjadual Anda.

4. Does Tune Protect Travel - AirAsia cover professional sports?
Adakah Tune Protect Travel AirAsia melindungi sukan profesional?
+

Tune Protect Travel - AirAsia does not cover professional sports. Leisure sports are covered.
Tune Protect Travel – AirAsia tidak melindungi sukan profesional. Walaubagaimanapun, sukan untuk beriadah adalah dilindungi.

5. Can I cancel my flight for any reason and claim under my Trip Cancellation Benefit?
Bolehkah saya membatalkan penerbangan saya untuk apa-apa alasan dan mendapatkan bayaran tuntutan melalui Manfaat Pembatalan Perjalanan saya?
+

The Trip Cancellation Benefit is only applicable for the reasons stated in the policy terms and conditions.
The reasons include unforeseen emergencies such as hospitalisation due to illness, injury or death involving you or your immediate family member. Your hospitalisation due to illness or death due to Pre-existing Conditions are not covered.

Manfaat Pembatalan Perjalanan hanya diguna pakai diatas sebab-sebab yang telah tertakluk kepada terma dan syarat polisi.
Sebab-sebabnya termasuk kecemasan yang tidak dijangka seperti penyakit, kecederaan atau kematian yang melibatkan anda, atau ahli keluarga terdekat. Keadaan sedia ada tidak dilindungi.

6. Does my Baggage Benefit cover theft?
Adakah Manfaat Bagasi saya melindungi kecurian?
+

Yes, Tune Protect Travel - AirAsia covers theft and damage to your checked-in-baggage during your scheduled trip as long as the items* are not left unattended.
*please refer to the policy wordings for full list of exclusions.

 

Ya, Tune Protect Travel – AirAsia melindungi kecurian dan kerosakan pada bagasi yang didaftar masuk semasa perjalanan yang dijadualkan selagi barangan *tidak ditinggalkan tanpa pengawasan.
*Sila rujuk kepada penyataan polisi untuk senarai penuh pengecualian.

7. Would a suitcase shipped home early to save costs on excess baggage be covered under Tune Protect Travel - AirAsia?
Adakah beg pakaian yang telah dihantar ke rumah lebih awal untuk menjimatkan kos bagasi berlebihan dilindungi di bawah Tune Protect Travel – AirAsia?
+

No. Only baggage checked in on your itinerary will be covered under your policy.

Tidak, hanya bagasi yang didaftar masuk pada jadual perjalanan anda akan dilindungi di bawah polisi anda.

8. Can the sum insured for baggage and personal effects under Tune Protect Travel - AirAsia be increased?
Bolehkah jumlah yang diinsuranskan untuk bagasi dan barangan peribadi di bawah Tune Protect Travel - AirAsia ditingkatkan?
+

There is no option to increase the coverage provided for baggage or any of the other benefits.

Tiada pilihan untuk menambah perlindungan yang disediakan untuk bagasi atau mana-mana manfaat lain.

9. What should I do if I encounter an accident abroad?
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengalami kemalangan di luar negara?
+

You may call the 24-hour Emergency Medical Service at +603 2302 0033.
It is important that you call this number for more details before you take any action. Please retain all original receipts for outpatient treatments and claim them upon your return to Malaysia.

 

Sila hubungi nombor Khidmat Perubatan Kecemasan 24 jam di +603 2302 0033.
Adalah penting untuk anda menghubungi nombor ini untuk maklumat lanjut sebelum anda mengambil sebarang tindakan. Bagi rawatan pesakit luar, sila simpan semua resit asal dan tuntutnya apabila anda pulang ke Malaysia.

 

10. Can I continue with my medical treatment for injuries sustained overseas when I return to Malaysia?
Bolehkah saya meneruskan rawatan perubatan untuk kecederaan yang dialami di luar negara apabila saya pulang ke Malaysia?
+

Yes, you may continue your treatment as long as the initial treatment is received during the trip and all expenses are incurred within 30 days from the date of expiry of your plan. The amount claimable should not exceed 10% of the sum insured for Medical Expenses Reimbursement benefit.

Ya, anda boleh meneruskan rawatan anda setelah sampai di kediaman anda dengan syarat anda telah menerima rawatan awal semasa perjalanan di luar negara dan semua perbelanjaan perubatan hendaklah berlaku dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh pelan anda. Jumlah yang boleh dituntut tidak boleh melebihi 10% daripada jumlah yang diinsuranskan bagi manfaat Bayaran Balik Kos Perubatan.

11. Can I claim for outpatient accidental medical expenses under Tune Protect Travel - AirAsia?
Bolehkah saya membuat tuntutan untuk perbelanjaan perubatan akibat kemalangan pesakit luar di bawah Tune Protect Travel – AirAsia?
+

Yes, you can claim for your medical expenses incurred as a result of a covered event subject to the policy's terms and conditions.

Ya, anda boleh menuntut perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat daripada kejadian yang dilindungi seperti yang telah dinyatakan dalam terma dan syarat polisi.

SST
+
1. What is Sales and Services Tax or SST?
Apakah Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST?
+

The Sales and Services Tax is also referred to as “SST”. Sales Tax is a single stage tax levied on imported and locally manufactured goods, Service Tax is charged and levied on any provision of taxable services.

The SST was re-introduced in Malaysia effective from 1 September 2018.


Cukai Jualan dan Perkhidmatan juga dirujuk sebagai "SST". Cukai Jualan adalah cukai seperingkat yang dilevi ke atas barang-barang buatan tempatan dan import, Cukai Perkhidmatan dikenakan dan dilevi ke atas sebarang peruntukan perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai.

SST telah diperkenalkan semula di Malaysia pada 1 September 2018.

2. Is Insurance a taxable service under SST?
Adakah Insurans adalah perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai di bawah SST?
+

Insurance and Takaful are subject to Service Tax excluding individual consumer medical plans. The Service tax is charged on actual premium paid.

Insurans dan Takaful adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan tidak termasuk pelan perubatan pengguna individu. Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas premium sebenar yang dibayar.

3. Will I be charged SST when I purchase Tune Protect Travel - AirAsia?
Adakah saya akan dikenakan SST apabila saya membeli Tune Protect Travel – AirAsia?
+

Yes, it is only applicable to Tune Protect Travel - AirAsia Domestic (i.e. Tune Protect Travel - AirAsia, AirAsia Lifestyle Travel Protection & Annual Plans) at the prevailing rate as determined by the government from time to time.

International Travel Plans are not subject to Service Tax.

Ya, hanya kepada Tune Protect Travel – AirAsia Domestik (i.e. Tune Protect Travel - AirAsia, AirAsia Lifestyle Travel Protection & Annual Plan) mengikut kadar semasa yang ditentukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Pelan Perjalanan Antarabangsa tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan.

Claims
+
1. If I need treatment for an illness during my trip, can I claim for medical, hospital or any other related expenses?
Sekiranya saya memerlukan rawatan untuk penyakit semasa perjalanan saya, bolehkah saya membuat tuntutan untuk perbelanjaan perubatan, hospital atau apa-apa perbelanjaan lain yang berkaitan?
+

Yes, you can claim for your sickness-related medical expenses (applicable to Return Plan).
Please refer to our Policy Wording for a full description of the terms, conditions and exclusions of cover.


Ya, anda boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan perubatan yang berkaitan dengan penyakit anda. (Hanya untuk Pelan 2 hala (Pergi-Balik).
Sila rujuk Pernyataan Polisi kami untuk keterangan penuh terma, syarat dan pengecualian perlindungan.

 

2. If the Customs Department were to confiscate anything from me, could I make a claim under the Tune Protect Travel - AirAsia?
Sekiranya Jabatan Kastam merampas apa-apa daripada saya, bolehkah saya membuat tuntutan di bawah Tune Protect Travel – AirAsia?
+

Claims arising from confiscation by authorities are excluded.

Tuntutan yang timbul daripada perampasan oleh pihak berkuasa adalah dikecualikan.

3. How do I submit a claim?
Bagaimanakah saya boleh menyerahkan tuntutan?
+

You can submit your claims online. Please click here to make your submission.
Anda boleh menyerahkan tuntutan anda secara dalam talian. Sila klik di sini untuk membuat penyerahan tuntutan anda.

4. How long will take for my claims to be processed?
Berapa lamakah tempoh sebelum tuntutan saya diproses?
+

Your claims will be processed within 30 working days after you have submitted all the required documents.
Tuntutan anda akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja selepas anda menyerahkan semua dokumen yang diperlukan.

5. What is the time limit for me to submit a claim?
Apakah had masa untuk saya menyerahkan tuntutan?
+

All claims must be submitted to Tune Protect Malaysia within 30 days after the occurrence of the event together with the supporting documents.

Semua tuntutan mesti diserahkan kepada Tune Protect Malaysia dalam tempoh 30 hari selepas berlakunya kejadian yang tidak diduga bersama-sama dengan dokumen sokongan.

6. What shall I do if I disagree with a claim decision made?
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak bersetuju dengan keputusan tuntutan yang dibuat?
+

You can write in to us at [email protected] and we will advise you in writing on the procedures for filing an appeal with Tune Insurance Malaysia Berhad.

Anda boleh menghubungi kami di [email protected], kami akan membantu anda untuk tindakan selanjutnya bagi membuat tuntutan rayuan dan prosedur untuk memfailkan rayuan dengan Tune Insurance Malaysia Berhad.

7. I am not a Malaysian resident. How will I receive my claim reimbursement?
Saya bukan pemastautin Malaysia. Bagaimanakah saya boleh mendapat bayaran balik tuntutan saya?
+

You may opt to receive your reimbursement via bank draft or telegraphic transfer. Kindly be advised that any cost, charges and/or fees in relation to overseas bank remittance and/or issuance of bank draft in respect of the settlement of your claim shall be borne by you.

Anda boleh memilih untuk menerima bayaran balik melalui draf bank atau pemindahan telegraf. Adalah dimaklumkan bahawa sebarang kos, caj dan/atau bayaran berhubung dengan kiriman wang ke luar negara dan/atau pengeluaran draf bank berkenaan dengan penyelesaian tuntutan anda akan ditanggung semata-mata oleh anda.

COVID-19
+
1. Am I covered with COVID-19 during my trip?

Adakah saya dilindungi untuk COVID-19 semasa perjalanan saya?

+

Yes, you will be covered for COVID-19 under the bereavement allowance, hospital income, emergency overseas evacuation & repatriation, trip cancellation and compassionate visit benefits if you choose to purchase Plus Plan that is with COVID-19 Coverage.

For reimbursement of medical expenses due to COVID-19, reimbursement shall be according to the amount shown in the Schedule of Benefits up to a maximum of MYR 250,000 (depending on selected plan) if you contract COVID-19 and are hospitalized in the Country of Arrival due to Stage 3 to Stage 5 treatment up to the first 30 days of Trip duration.

Important Note: Please ensure that the travel insurance plan that you purchased meets the Country of Arrival’s minimum medical expenses coverage requirement.

If you are travelling with AirAsia, you may refer to Travel Requirements for more information.

 

Ya, anda dilindungi untuk COVID-19 bagi manfaat tertentu di semua laluan jika anda pilih untuk membeli Plus Plan yang mempunyai Perlindungan COVID-19. Antara manfaat Covid-19 adalah elaun khairat kematian, elaun kemasukan hospital, pembatalan perjalanan dan lawatan ihsan.

 

Untuk pembayaran balik perbelanjaan perubatan akibat COVID-19, kami akan membayar balik mengikut jumlah yang ditunjukkan dalam Jadual Faedah sehingga MYR 250,000 (bergantung pada pelan yang dipilih) jika anda dijangkiti COVID-19 dan dimasukkan ke hospital di Negara Ketibaan kerana Peringkat Rawatan 3 hingga Peringkat 5 sehingga 30 hari pertama tempoh Perjalanan.

Nota Penting: Sila pastikan bahawa pelan insurans perjalanan yang dibeli memenuhi keperluan perlindungan perbelanjaan perubatan minimum Negara Ketibaan.

Sekiranya anda melakukan perjalanan dengan AirAsia, anda boleh merujuk kepada Syarat Perjalanan untuk maklumat lebih lanjut.